Tuesday, December 13, 2016

RAHSIA ORANG SERDANG

Di Serdang ada satu Gerai yang agak tersorok, bertempat di belakang JPN Sri Serdang. Baru buka kira-kira 1 bulan. Pagi-pagi dah berasap di hadapan kedai.
Apa Gerai ni buat? Gerai LAZIEZ ini hanya menyediakan sarapan pagi. Fokus betul. Menu pun ada 4 sahaja. Apa yang dihidangkan tidak ada di kedai mamak atau restoran biasa.


Menu yang 4 ini pula memang jenis menu citarasa orang istimewa. Mana taknya, seawal 7:00 pagi sudah boleh menjamu selera dengan SATAY AYAM. Makan pula dengan MEE REBUS. Sungguh terasa seperti menikmati sarapan pagi di Muar dan Singapura.


Menu Gerai LAZIEZ ada ni je;
1. Mee Rebus
2. Satay ayam
3. Lontong
4. Nasi lemak
JANGAN DATANG hari ISNIN! Kedai ni tutup! Hari lain buka 7:00 - 11:00 pagi.
Sila Kongsi/Share rahsia ini!
Gerai LAZIEZ
3365 Jalan 18/31
Taman Sri Serdang
019-2519490

No comments:

Post a Comment