Saturday, December 17, 2016

NOTA BISNES

MAHA 2016, saya pun menyertai pertandingan memancing udang. Selepas sejam, sekor pun tak dapat. Ada 4-5 orang sahaja yang berjaya mendapat udang.

Semasa memulangkan joran, pegawai Jabatan Perikanan memberi nasihat kepada saya, lain kali UBAH tempat, jangan memancing tempat yang sama jika tiada hasil.

Lalu saya mula membuat kaitan dengan perniagaan. Jika apa yang dibuat sekarang tidak mendatangkan hasil kena UBAH!

Ubah startegi pemasaran, tempat, resipi, iklan dan bermacam-macam lagi pekara. Membuat pekara yang sama dan mengharapkan hasil yang lebih baik adalah langkah yang kurang bijak.

http://meerebuslaziez.blogspot.my

Tuesday, December 13, 2016

RAHSIA ORANG SERDANG

Di Serdang ada satu Gerai yang agak tersorok, bertempat di belakang JPN Sri Serdang. Baru buka kira-kira 1 bulan. Pagi-pagi dah berasap di hadapan kedai.
Apa Gerai ni buat? Gerai LAZIEZ ini hanya menyediakan sarapan pagi. Fokus betul. Menu pun ada 4 sahaja. Apa yang dihidangkan tidak ada di kedai mamak atau restoran biasa.


Menu yang 4 ini pula memang jenis menu citarasa orang istimewa. Mana taknya, seawal 7:00 pagi sudah boleh menjamu selera dengan SATAY AYAM. Makan pula dengan MEE REBUS. Sungguh terasa seperti menikmati sarapan pagi di Muar dan Singapura.


Menu Gerai LAZIEZ ada ni je;
1. Mee Rebus
2. Satay ayam
3. Lontong
4. Nasi lemak
JANGAN DATANG hari ISNIN! Kedai ni tutup! Hari lain buka 7:00 - 11:00 pagi.
Sila Kongsi/Share rahsia ini!
Gerai LAZIEZ
3365 Jalan 18/31
Taman Sri Serdang
019-2519490

Sunday, December 11, 2016

8 KATEGORI PELANGGAN DI KEDAI MAKAN

Apakah jenis-jenis pelanggan kedai makan? Berikut adalah senarai kategori pelanggan yang ada dari pemerhatian saya :

1. FOOD HUNTER - sanggup ke mana sahaja kedai makan walaupun jauh semata-mata untuk mendapat makanan yang popular, sedap atau susah didapati. Sentiasa mengikuti blog atau FB yang mengemaskini senarai makanan terbaik.

2. GILA BERSIH - kalau makan tepi longkang jangan sesekali ajak golongan ini. Memang kembang tekak dia. Makan dikedai yang bersih tetapi semasa makan ternampak tikus lalu di seberang jalan terus hilang selera.

3. JIMAT BETUL - Golongan macam ini sangat berjimat cermat dan boleh dicari di kedai yang menjual nasi lemak RM1, makan tengahari bawah RM4.

4. JANJI KENYANG - Harga bukan masalah tetapi perut mesti kenyang. Nasi menggunung tetapi ayam seketul memadai untuk golongan seperti ini.

5. NAK DEKAT - Golongan ini sangat sibuk atau tak suka bersusah-payah untuk keluar makan. Pelanggan setia kedai makan sebelah rumah/pejabat.  Juga selalu membuat tempahan makanan di Food Panda.

6. PENJAMU MATA - Menggemari restoran yang menghidangkan makanan macam hasil seni. Mungkin sebab ada jiwa seni dalam diri mereka.

7. LEPAK KING - Minum secawan duduk 3 jam. Tempat kegemaran golongan seperti ini ialah di kedai kopi Starbucks dan kedai mamak 24 jam. Aktiviti sambilan semasa minum ialah berborak, membuat tugasan dan menonton siaran langsung sukan. Paling tak disukai ialah pelayan restoran yang kerap lap meja yang mereka duduk.

8. MASTER CHEF - sangat sukar memuaskan citarasa pelanggan ini. Mereka mahukan kesempurnaan setiap juadah hingga titisan kuah terakhir. Begitu juga cara makanan dihidangkan, mesti cantik dan panas-panas.

Tidak kira apa jenis pelanggan, tugas pengusaha kedai makan atau usahawan ialah menyelesaikan masalah pelanggan mereka dan menambah nilai/value.

Tuesday, December 6, 2016

Let's have something different for breakfast!

Looking for a place to have a different breakfast menu with family & friends?
Let's put Gerai LAZIEZ in your list! 😉

We serve a'la Muar breakfast style serving satay as early as 7:00 am in the morning!

Come & try our hot selling menu MEE REBUS & SATAY and have a sip of Kopi 434! 😎

Other menu as follows:
- Lontong
- Nasi lemak
- choice of side order egg and fried chicken






Visit us at:-
Gerai LAZIEZ
3365 Jalan 18/31, Taman Sri Serdang.

Behind JPN(Jabatan Pendaftaran Negara) and about 5 mins drive from UPM Serdang.
Call us:-
012-2119490
019-2519490

Operating Hours:-
Monday : Close
Tuesday - Sunday : 7am - 11:30am



Gerai LAZIEZ 

Saya yang agak malu bila berhadapan dengan kamera ditemuduga oleh kaki.sini.com.my

Terima kasih ya untuk perkongsian ini.